-->

Header Ads

Buat Apa Malukan Diri Sendiri Bertanding Maharajalawak Dengan Pelawak Muda? - Nabil Ahmad

PETALING JAYA: Selepas sembilan tahun bergelumang sebagai pelawak dengan menjuari program Raja Lawak pada 2004, Nabil Ahmad kini seakan-akan tidak selesa dengan status berkenaan.

Image result for nabil ahmad

Bagi Nabil, 34, sebelum dihina kerana gagal menggeletek hati penonton, lebih baik dia 'angkat kaki' daripada pentas lawak dan menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan dan aktiviti di belakang tabir.
"Saya sudah tak nak buat lawak (persembahan televisyen). Sekarang ini saya lebih selesa buat pengacaraan.

"Saya nak buat sesuatu yang baru. Cuba kerja belakang tabir dan buat skrip. Saya mahu orang tengok kebolehan lain yang saya ada.

"Ada banyak cara nak kembangkan idea sebagai pelawak. Kini saya suka tulis skrip dan tengok orang lain keluarkan lawak saya," katanya kepada mStar Online.

Selain aktif mengacara, pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 itu kini mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Nabil Production Sdn Bhd.

Menurut Nabil, dia tidak ingin memalukan dirinya sendiri semata-mata mahu bersaing dengan generasi pelawak baharu yang mempunyai pengikut mereka yang tersendiri.

"Sebagai pelawak kita kena tahu batasan waktu. Buat apa nak rendahkan maruah diri untuk bersaing dengan orang muda.

"Saya pernah masuk pertandingan lawak dan tak pernah tersingkir walaupun secara solo. Pencapaian itu tak cukup bagus?

"Jadi buat apa nak masuk sampai tersingkir? Buat apa tunggu sampai orang dah tak suka?," katanya.
Tambah Nabil, sebagai permulaan dia bakal tampil dengan sebuah sitkom baharu berjudul Bas Stop yang akan ditayangkan pada 1 Jun depan menerusi saluran Astro Warna.

Sitkom pertama terbitan syarikat produksinya itu menampilkan Sherry Alhadad, Abby Yus, Angah Raja Lawak dan Ippo Hafiz sebagai karakter utama.

"Saya menjanjikan kelainan dalam sitkom ini. Kami nak kembalikan fenomena sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang popular pada masa dulu.

"Ia merupakan idea saya bersama beberapa individu lain. Kelainan yang bakal ditampilkan termasuk merealisasikan impian untuk membawa masuk sebuah bas persiaran ke dalam studio.

"Bas itu bukan sekadar prop yang statik, sebaliknya ia akan bergerak membawa astis jemputan sebelum turun di perhentian bas yang menjadi subjek utama sitkom ini," katanya.

Dikuasakan oleh Blogger.