Header Ads

Adi Putra Sudah Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri Pertama?

Kalau diikutkan berita terkahir mengenai Adi Putra, beliau sudah tidak berhubung dengan kedua bekas isterinya lagi selepas bercerai beberapa bulan lalu. Tetapi menerusi gambar yang dimuat naik bekas isteri pertama, Aida Yusof, mereka sekeluarga telah berangkat ke tanah suci bersama.



Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik Aida, menunjukkan mereka sekeluarga berada di lapangan terbang untuk menunggu penerbangan ke Mekah bagi menunaikan umrah. Tidak pasti pula mereka sudah berbaik ke belum, namun menguatkan lagi dakwaan itu apabila Aida menggunakan hashtag #familyumrah02052017

Dalam pada itu, peminat yang melihat perkembangan terkini pasangan itu, tumpang gembira selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu yang sedia maklum sebelum ini sudah bercerai. Ada juga yang membuat tekaan sendiri bahawa pasangan itu telah rujuk semula sebelum berangkat ke Mekah.

Terdahulu, Adi dikhabarkan gagal menghadirkan diri ke mahkamah setiap kali sebutan kes penceraian mereka dijalankan. Begitu pun Adi masih tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Jika betul mereka sudah berbaik, Alhamdulillah, dan semoga terus berbahgia bersama anak-anak.
Dikuasakan oleh Blogger.