Isnin, 3 April 2017

Yana Samsudin Tak Ghairah ‘Jual’ Anak

  Berita Premium       Isnin, 3 April 2017
Ketika kebanyakan anak kecil selebriti mula mendapat perhatian penaja pengiklanan, perkara tersebut berbeza bagi Yana Samsudin dan juga suaminya. Bagi pasangan ini, risau jika tumbesaran Aisy Mateen yang kini berusia lapan bulan terganggu.



“Ada tawaran untuk anak saya tetapi kalau memerlukan dia berada dihadapan kamera rasanya mungkin tidak. Pada usianya sekarang apa yang dia tengok akan kekal dan saya tidak mahu ia memberi kesan kepada tumbesarannya”

“Apa yang ditawarkan kepadanya memang rezeki dia tetapi biarlah dia membesar seperti kanak-kanak lain dan biar saya dan suami sahaja yang bekerja. Tetapi jika ada tawaran itu langsung tidak membebankan mungkin boleh dipertimbangkan tetapi itu pun suami yang akan buat keputusan,” katanya kepada mStar Online.

Baguslah jika Yana fikirkan sebegitu. Apa yang pasti, gelagat Aisy Mateen yang sentiasa ceria bersama pipi tembamnya itu sentiasa menarik perhatin peminat malah anak kecil ini turut mempunyai akaun Instagram sendiri.
logoblog

Thanks for reading Yana Samsudin Tak Ghairah ‘Jual’ Anak

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan