Header Ads

Wanita Mengandung Meninggal Kerana H1N1 di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menggesahkan seorang wanita mengandung meninggal dunia akibat virus Influenza A H1N1 sepertimana yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Wanita mengandung

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr. Mohammad Omar berkata wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 7 April setelah seminggu demam dan meninggal dunia pada 13 April.

“Antara golongan berisiko tinggi dijangkiti virus itu ialah ibu mengandung selain kanak-kanak, warga tua, dan mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis (diabetes),” katanya pada sidang media, di sini, malam tadi.

Beliau berkata masyarakat tidak perlu panik tentang virus berkenaan kerana bermula 2013 penyakit itu tiada lagi keperluan dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan kerana ia telah dikategorikan sebagai influenza bermusim .

“Ini kerana virus tersebut telah dikategorikan sebagai selesema biasa… kemungkinan bila ada orang kena selesema sekarang, dia mungkin turut terkena H1N1 jika ada komplikasi..

“Di Malaysia sebelum 2013 hanya 27 kes sahaja iaitu di Sarawak dan kini di HSNZ sebanyak 10 kes setiap bulan yang disyaki ada virus tersebut..dan kebanyakan daripada mereka yang terkena virus ini boleh pulih seperti biasa jika terus dirujuk kepada pakar,” katanya.

Katanya mereka yang mempunyai simptom penyakit itu perlu segera ke hospital dan dinasihat tidak bercampur dengan orang luar, tidak pergi ke tempat terbuka dan perlu memakai topeng muka jika berada di tempat awam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.