-->

Header Ads

[Video] Hatimu Hitam Zed – Desak Kerajaan ‘Banned’ Najip Ali, Zed Zaidi Dianggap Cari Publisiti Murahan



Nampaknya isu Najip Ali masih lagi menjadi bualan orang ramai walaupun Najip sendiri sudah memohon maaf secara terbuka. Isu ini mendapat perhatian ramai rakan artis termasuk Afdlin Shauki yang meluahkan pendapatnya dan meminta agar rakyat Malaysia memaafkan Najip Ali.

Terbaru, pihak seniman yang diketuai Zed Zaidi telah melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap Najip Ali dan menganggap isu ini tidak lagi selesai. Namun, rata rata netizen mengecam temu bual bersama Zed Zaidi di dalam satu sidang akhbar secara ‘live’ di Facebook pada petang tadi.

Zed menganggap artis luar menganggu periuk nasi artis tempatan

Dalam satu sidang akhbar bersama seniman, Zed Zaidi melahirkan ketidakpuasan hati mengenai Najip Ali. Dia meminta pihak kerajaan untuk mengambil tindakan supaya Najip Ali tidak lagi bekerja di dalam Malaysia. Menurut Zed Zaidi, Najip Ali telah mencalarkan imej Malaysia dan meminta agar Najip Ali berjumpa dengannya untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi mendapat kecaman ramai netizen. Rata rata netizen menganggap Zed Zaidi sengaja memperbesarkan isu ini untuk mendapat publisiti murahan. Netizen menganggap isu ini patut dihentikan memandangkan Najip Ali sudah memohon maaf secara terbuka.

Hatimu hitam Zed

Dikuasakan oleh Blogger.