-->

Header Ads

"Tolong Report Iklan Bodoh Ni!" - Netizen Bengang Video Nizam Rahman Umpama Hina Perempuan

Sebut saja nama Nizam Rahman, pasti kebanyakan pengguna tegar media sosial Facebook dan Instagram sudah sedia mengenalinya
Dia yang terkenal dengan video-video lawak yang sering viral itu mempunyai beratus ribu pengikut di laman Instagram dan juga Facebook.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui, Nizam juga seringkali membuat review produk berbayar di akaun media sosialnya dengan menggunakan konsep video yang berunsur humour.


Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah dikecam oleh netizen oleh kerana satu video yang dimuatnaiknya dikatakan tidak senonoh kerana penuh dengan unsur lucah

Di dalam video tersebut, Nizam membawakan watak seorang 'wanita' yang kelihatan sedang berjalan dalam penuh gaya seksi dan menggoda.

Kemudian datang seorang lelaki dengan kereta mewah cuba mengoratnya namun hampa setelah mendapati payudara 'wanita' itu kecil.

Di sinilah segala babak-babak lucah itu bermula apabila 'wanita' terbabit mengambil satu produk untuk menjadikan payudaranya bersaiz lebih besar

Bukan setakat babak saja, malah penggunaan perkataan di dalam video tersebut juga boleh dikatakan sangat kurang enak didengar
Contohnya seperti dialog di bawah:






“Kau siap kau lepas ni kau datang carwash aku kau mesti meleleh air liur kau tengok aku punya tetek!”

Kemudian lelaki itu sambil melakukan aksi gersang berkata: “Ini bukan perempuan hari tu ke? Eh beso siot tetek dia, oh my god!“
Bukan setakat itu, video itu juga diibaratkan seperti cuba menghina agama dengan merendah-rendahkan maruah kaum wanita
Malah, ia seolah-olah mewujudkan persepsi kononnya dengan memiliki payudara besar akan menarik pehatian lelaki, walhal ia sekadar mendorong nafsu untuk melakukan maksiat.

1. "Report iklan bodoh ni"


2. "Maruah wanita dipermainkan"


3. "Apa yang cuba disampaikan?"


4. "Sebagai wanita saya malu"


5. "Niat tak menghalalkan cara"



6. "Makin bodoh si Nizam ni"

Dikuasakan oleh Blogger.