-->

Header Ads

'Tiba-tiba dia menggosok kemaluannya di depan saya'


PENAMPANG, SABAH - Seorang lelaki dirakam sedang mengosok kemaluannya di hadapan seorang wanita, viral di media sosial sejak malam tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.52 petang semalam di tingkat 3, tempat letak kereta, Megalong Mall itu, mangsa, Qing WcLee, terkejut dengan tindakan lelaki itu lalu segera merakam wajah suspek. 

"Apabila saya masuk ke dalam kereta (saya ada tabiat terus kunci pintu kereta selepas masuk ke dalam), tiba-tiba lelaki ini mengosok kemaluannya di sebelah pintu kereta," tulisnya di Facebook. 
Terkejut dengan tindakan mangsa yang merakam videonya, suspek dikatakan cuba membuka pintu bahagian penumpang belakang menyebabkan mangsa membunyikan hon, sebelum lelaki itu melarikan diri. 


Video tersebut telah ditonton 22,000 pengguna Facebook dan dikongsi 878 kali. 

Rata-rata netizen menyarankan mangsa membuat laporan polis kerana bimbang suspek akan bertindak lebih teruk jika dibiarkan bebas begitu sahaja
Dikuasakan oleh Blogger.