-->

Header Ads

Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Kedua : Yusry Kongsi Foto Terkini Lisa Surihani


Sedang menanti hari untuk menyambut kelahiran anak keduanya, pengarah Yusry KRU jelas merasa cukup teruja. Terbaru, Yusry menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto terkini  isterinya, Lisa Surihani
We are almost there sayang. Cepat betul masa berlalu. Yahaira nak jadi Kak Yong dah.
Sebelum ini, Yusry akui Lisa sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka. Walaubagaimanapun, Yusry ingin merahsiakan jantina anaknya dan mahu memberikan kejutan buat semua.

Yusry dan Lisa bernikah pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Dikuasakan oleh Blogger.