Header Ads

Tertinggal RM50K, Aliff Syukri Puji Pramugara

SESIAPA yang mengikuti perkembangan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menerusi laman sosial, pastinya maklum bahawa usahawan kosmetik terkenal itu baharu sahaja pulang ke tanah air.

Beliau sebenarnya mengerjakan ibadah umrah bersama-sama ahli keluarganya di Tanah Suci baru-baru ini.

Namun semasa kepulangannya itu, berlaku satu insiden cemas yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh ‘Abang Terlajak Laris ‘ ini apabila beg tangannya mengandungi wang RM50,000 tertinggal di dalam pesawat Malaysia Airlines.
Menurut Aliff, dia terlupa mengambil begnya itu yang diletakkan di tempat duduk pesawat setelah sibuk menguruskan neneknya yang berkerusi roda.
Bagaimanapun, dia hanya menyedari ketiadaan beg itu selepas satu jam mendarat dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah kediamannya.
Dalam pada itu, Aliff bernasib baik apabila seorang pramugara yang dikenali sebagai ‘Encik Zol’ membantu menyimpan beg tersebut.
“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.
“Saya terlupa dan tertinggal beg berisi duit RM50,000 dalam kapal terbang. Lepas sejam, ketika dalam perjalanan pulang baru saya sedar beg tiada.
“Saya bawa sekali nenek menunaikan umrah dan menguruskannya keluar dari pesawat.
“Kelam kabut saya patah balik dan rupa-rupanya nya abang pramugara tolong simpankan. Saya memang puji sikapnya yang jujur kerana tiada langsung wang saya dalam beg itu hilang,” katanya kepada Harian Metro.
Menerusi laman Instagramnya, Aliff turut memuat naik gambar swafotonya bersama pramugara tersebut dengan kapsyen ucapan penghargaan terhadap Zul.
“Inilah wajah peramugara Malaysia Airlines yang jujur… Ya allah bersyukurnya saya… sebenarnya dompet saya tertinggal di dalam kapal terbang dia pulangkan dengan keadaan yang baik selepas 30 minit. Saya ingat dah tak dapat dah lah… susahkan nak jumpa orang yang jujur macam mamat ni betul tak??” tulis Aliff.
Apa pun, semoga insiden ini menjadi pengajaran buat Aliff supaya lebih berhati-hati

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.