-->

Header Ads

Siapa Zed Zaidi Untuk Tolak Permohonan Maaf Najip? - Datuk Freddie Fernandez

Menerusi perkembangan sama, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez turut melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Zed memperbesarkan isu berkenaan.
Kata Freddie, Zed terlalu berlebih-lebihan dalam berhadapan isu ini hingga mengabaikan pandangan penggiat industri hiburan secara keseluruhannya.

Image result for Freddie Fernandez

"Siapa Zed nak tolak permohonan maaf Najip? Orang itu sudah minta maaf, jadi terimalah dengan hati terbuka tanpa perlu mengeruhkan lagi keadaan.

"Lagipun kenyataan Najip dalam program yang disertainya itu bukanlah penghinaan yang melampau. Dia bergurau dengan cara yang berlapik.

"Saya pasti jika Najip betul-betul menghina, ramai lagi pihak lain akan bersuara dan pertahankan Perdana Menteri," katanya.

Tambah Freddie, Zed seharusnya mendapatkan pandangan ahlinya telebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Saya yakin ahlinya sendiri juga tidak bersetuju dengan tindakan Zed. Nasihat saya ialah supaya Zed bertenang dan sabar," katanya.

Dalam rancangan OK Chope! yang disiarkan di Channel 5, milik MediaCorp Singapura pada 29 Mac lalu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams______for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Selain Najip, selebriti lain yang terlibat ialah, Vernetta Lopez, Sam See, Rishi Budhrani dan Mike Kassim.
Dikuasakan oleh Blogger.