Header Ads

Shila Amzah ‘Sentap’ Tak Diundang Ke AME 2017?

ANUGERAH Meletop 2017 (AME 2017) yang berlangsung Ahad lalu telah pun menobatkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai bintang paling Top Top Meletop pada ketika ini.


Sepanjang anugerah itu berlangsung, para penonton dihidangkan dengan pelbagai persembahan dan fesyen menarik yang digayakan selebriti pada majlis glamor itu.
Salah satu persembahan yang paling mencuri perhatian pada malam itu pastinya kemunculan duet di antara Hafiz Suip dan Siti Nordiana yang menyampaikan rangkaian lagu-lagu hits yang menjadi lagu tema bagi kategori Drama Meletop.
Salah satu lagu yang dinyanyikan ialah lagu tema drama Suri Hati Mr Pilot berjudul Selamanya Cinta nyanyian asal Alif Satar dan Shila Amzah.
Shila menerusi laman mikro Twitternya ada menaikkan status mengenai dendangan lagunya dalam majlis tersebut walaupun tidak mendapat jemputan menghadiri AME 2017.
“Not nominated not invited..it’s fine.. I’m glad that my song is there (tidak tercalon, tidak dijemput.. tak mengapa.. Saya gembira lagu saya ada dimainkan di anugerah tersebut),” tulis penyanyi berusia 27 tahun itu.


Walaupun tidak tercalon namun Shila telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya memecah negara tembok besar China dengan mengumpul jutaan peminat dari sana.
Seperti kata Shila, “I’m a Malaysian born singer, but you know.. Perhaps my rezeki is abroad kan.. Recognitions orang luar kasi.. Takde hal la (Saya penyanyi kelahiran Malaysia, mungkin rezeki saya di negara luar, pengiktirafan orang luar kasi).”
Oh bukan kes sentap tak dijemput rupanya, cuma Shila berasa bangga apabila lagunya ada dimainkan dalam satu salah anugerah terbesar di Malaysia.
Mungkin tahun depan rezeki Shila pula menang di AME, mana tahu kan… Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu..
Dikuasakan oleh Blogger.