Header Ads

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Enggan ‘Jual’ Anak Seperti Artis Popular Lain

Bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi, sudah ramai menjangka anak kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bakal mengikut jejak langkah seperti anak selebriti lain, iaitu mempunyai rancangan tersendiri. Namun bagi Sam, beliau dan isteri enggan ‘menjual’ perkembangan pembesaran anak mereka seperti itu.



“Kalau ada pasangan selebriti yang menjual hak eksklusif anak mereka ketika waktu lahir, saya dan isteri tidak berhajat sebegitu. Rasa macam tak seronok pula bunyi “menjual” macam itu. Biarlah secara semula jadi sebab selama ini pun kami tidak pernah lokek untuk berkongsi cerita tentang perkembangan di laman sosial. Tak ada apa yang hendak disembunyikan”

“Lagipun sebagai golongan artis, sudah pastilah peminat nak mengetahui apa yang terkini. Apabila kita “menjual” hal membabitkan anak, itu bermakna kita sudah mengehadkan sesuatu. Jadi jalan paling mudah, baik tak payah “menjual” kepada sesiapa,” jelasnya kepada Utusan Mingguan.

Bukan itu sahaja, malah Sam juga tidak berhajat untuk membuka akaun Instagram untuk anaknya yang bakal lahir nanti. Tetapi jika ada peminat yang ingin melihat perkembangan anak mereka, hanya boleh dilihat menerusi akaun Instagram pasangan itu sahaja.

Lain orang lain caranya, mungkin bagi Sam dan isteri itu adalah yang terbaik untuk anak mereka. Kalau difikirkan pun tidak elok juga bayi yang masih kecil sudah didedahkan dengan laman sosial. Apapun semoga segala persiapan menyambut kelahiran bayi baru nanti berjalan lancar.
Dikuasakan oleh Blogger.