Ahad, 9 April 2017

Seniman Tolak Permohonan Maaf Yang Dibuat Najip Ali Dan Mediacorp

  Berita Premium       Ahad, 9 April 2017
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini menegaskan mereka tidak menerima permohonan maaf yang dibuat oleh stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 dan Najip Ali berhubung kenyataan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rancangan hiburan OK Chope! di negara itu, lapor Sinar Harian.

Menurut presidennya, Zed Zaidi berkata, keputusan berkenaan telah diambil kerana masih terdapat beberapa ahli panel lain yang masih belum meminta maaf sehingga tempoh yang diberi tamat.

“Kita tahu memang stesen TV itu dan Najip dah memohon maaf. Tapi ada ahli panel lain yang masih belum berbuat demikian  lagi.

“Kita mahu semua ahli panel meminta maaf,” katanya.

Rancangan OK Chope! itu telah menampilkan Vernetta Lopez sebagai hos rancangan dan  ahli panel lain ialah Mike Kasem, Rishi Budhrani, Sam See dan Najip sendiri.

Zed tampil mempersoalkan kenapa ahli panel lain dalam rancangan tersebut masih berdiam diri seterusnya beranggapan isu tersebut tidak pernah selesai.

“Semua sedia maklum, kita bagi tempoh sehingga Jumaat (semalam), namun tiada tuntutan maaf daripada ahli panel yang lain. Mereka boleh berhubung dengan saya secara terus melalui telefon atau emel.

“Kalau tiada inisiatif, kita anggap perkara ini tak selesai,” katanya.


Berikutan itu, Seniman telah membuat satu laporan polis terhadap semua selebriti yang terbabit dalam program itu di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam selain akan menghantar satu memorandum kepada Kerajaan Malaysia.

“Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam membantu kerajaan dari sudut industri seni negara.

“Kita juga mahu beri pengajaran buat artis luar jika mahu masuk negara Malaysia perlu ikut undang-undang dan jangan buat hal,” tegasnya.

Dalam pada itu, Seniman menafikan semua tindakan dibuat berdasarkan kepentingan peribadi.

“Kita tegaskan, ini bukan mencari publisiti murahan tapi ini berlaku dalam bidang seni itu sendiri.

"Oleh itu, kita perlu bertanggungjawab melakukan sesuatu demi melihat industri seni ini dihormati,” katanya
logoblog

Thanks for reading Seniman Tolak Permohonan Maaf Yang Dibuat Najip Ali Dan Mediacorp

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan