Header Ads

"Saya Tak Tiru Bieber" - Ismail Izzani

ETALING JAYA: Walaupun berbangga dikaitkan mempunyai persamaan dengan Justin Bieber, penyanyi baharu, Ismail Izzani bagaimanapun memberitahu dia mempunyai identiti tersendiri berbanding bakat antarabangsa berkenaan.

Image result for Ismail Izzani

Malah menurut bintang kelahiran YouTube itu, dia juga tidak meniru gaya suara Bieber semata-mata mahu menempa populariti dalam masa singkat.

"Sejujurnya saya tak kisah dan tetap berbangga dengan komen pendengar yang kata suara kami sama walaupun sebenarnya saya dan dia memiliki ton suara yang berbeza

Dalam pada itu penyanyi yang berasal dari Ampang ini memberitahu dia bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Ujarnya kesibukan dalam bidang nyanyian tidak membataskannya untuk belajar, tambahan pula dia memilih untuk mengikuti kelas secara peribadi di rumah.

"Walaupun perlu membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian, ia tidak sesekali menghalang saya untuk meneruskan minat ini.

"Mujurlah saya ambil kelas secara peribadi di rumah. Jadi waktu saya juga tidak terganggu jika perlu memenuhi undangan nyanyian," ujarnya.

Dikuasakan oleh Blogger.