-->

Header Ads

Saya Payungkan Raja Salman, Tapi China Dapat Lebih Pelaburan - Jokowi

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko "Jokowi" Widodo kecewa apabila mendapat tahu Arab Saudi melabur sebanyak AS$65 bilion (RM285 bilion) di China, hampir 10 kali ganda 89 trilion rupiah (RM30 juta) yang dilaburkan ke Indonesia, walaupun beliau memberikan 'layanan istimewa' kepada Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud semasa kunjungan baginda ke negara itu bulan lalu.



"Pelaburan (Arab Saudi) di Indonesia besar, tetapi saya terkejut apabila baginda berkunjung ke China, baginda menantangani (kontrak melebihi) 870 trilion rupiah," kata Jokowi semasa lawatannya ke Buntet Pesantren (sekolah agama berasrama) di Cirebon, Jawa Barat pada Khamis lalu.

"Malah, saya payungkan untuk baginda, tetapi kita dapat jumlah yang lebih kecil. Saya sedikit kecewa, hanya sedikit," tambah presiden.

Jokowi berkata demikian merujuk kepada kunjungan Raja Salman ke Istana Bogor di Jawa Barat pada 1 Mac lalu, bagi menyambut rombongan Arab Saudi semasa hujan lebat.

Jokowi membantu memegang payung untuk Raja Arab Saudi sehingga tindakan itu mendapat pujian ramai.

Secara umum, layanan kepada kunjungan Raja Arab Saudi dikira istimewa.
Jokowi sendiri menyambut Raja Salman sewaktu ketibaan baginda di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur.

Itu belum lagi dengan sambutan polis dan tentera berkuda, yang jarang-jarang dilihat semasa kunjungan mana-mana tetamu negara yang lain.

Jokowi bagaimanapun berjanji akan membuat panggilan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammad bin Salman Al Saud bagi mengadakan perbincangan secara lanjut berhubung pelaburan.
Lawatan Raja Salman mencatatkan sejarah kerana ia merupakan kunjungan pertama Raja Arab Saudi ke Indonesia dalam tempoh 47 tahun. – The Jakarta Post/Asia News Network

Dikuasakan oleh Blogger.