Isnin, 3 April 2017

Saya Mengaku Salah Pergi Ke Bilik Aishah Pada Jam 3 Pagi – Johan As’ari

  Berita Premium       Isnin, 3 April 2017
Tidak mahu isu beliau ke bilik hotel penyanyi Aishah Bujang pada jam 3 pagi untuk berbual selepas selesai memeriahkan sebuah acara di Singapura terus dikecam masyarakat, pelakon Johan As’ari tampil mengakui kesilapannya itu.
Saya memang berhajat nak berkawan dengannya. Tapi tak sangka pula keadaan lain berlaku apabila ada memandang serong pada Aishah pula gara-gara tersebar gosip ini. Dalam hal ini saya yang patut dipersalahkan. Saya tidak patut pergi berborak dengan Aishah pada awal pagi itu dalam keadaan yang mencurigakan.
Pada masa yang sama, Johan juga memohon maaf secara terbuka kepada Aishah atas apa yang berlaku kerana yakin isu ini sedikit sebanyak sudah mencalarkan maruah wanita itu.
Saya memohon kemaafan secara terbuka buat Aishah dalam hal ini jika gosip sebegitu menyebabkan dia tidak selesa. Saya perlu menjaga air muka dia. Sebagai wanita saya yakin pasti maruahnya tercalar apabila cerita sebegini muncul.
Menurut Johan, beliau juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan Aishah sekiranya masalah ini terus berlanjutan kelak.
Ok lah tu, sekurang-kurangnya Johan sudah mengakui kesilapan beliau dan turut memohon maaf kepada Aishah. Harapnya, selepas ini Johan lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan sebarang rasa curiga dan fitnah lagi.
logoblog

Thanks for reading Saya Mengaku Salah Pergi Ke Bilik Aishah Pada Jam 3 Pagi – Johan As’ari

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan