Rabu, 12 April 2017

"Saya Bukan Jenis Ikut Suami Setiap Masa"

  Berita Premium       Rabu, 12 April 2017
Lain orang lain caranya mengendalikan hal rumah tangga dan bagi Datin Alyah, beliau lebih selesa tidak mengikut suami, Datuk Ramli M.S ke semua acara jika tidak melibatkan kehadiran beliau. Malah pasangan suami isteri ini juga memang dari awal perkenalan sudah menerapkan konsep sebegitu supaya masing-masing lebih profesional dan fokus.



“Kalau event atau jemputan itu tidak melibatkan saya, saya tak akan pergi. Saya memang bukan jenis ikut suami. Bukan sebab tidak support. Tetapi rasanya Tok Ram boleh manage dirinya sendiri. Dia sudah lakukan apa yang dia buat sekarang sudah berpuluh tahun”

“Jadi rasanya dia pun sudah selesa dengan cara itu. Apa pun, sebelum Tok Ram keluar, kita sebagai isteri perlulah prepare apa patut. Yang penting, kami sudah belajar sejak dari awal perhubungan, kami selalu terapkan konsep ‘kerja saya, adalah hal saya’, begitu juga dengan dia,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai dirinya yang jarang dilihat bersama suami ke acara.

Terdahulu, Alyah ada memberitahu dirinya tidak pernah merasa tertekan apabila ditanyakan soal anak. Malah beliau dan suami juga tidak pernah merancang dan hanya menantikan rezeki. Selain itu faktor usia Alyah dan suami juga membuatkan beliau redha dengan ketentuan Ilah
logoblog

Thanks for reading "Saya Bukan Jenis Ikut Suami Setiap Masa"

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan