-->

Header Ads

"Saya Berhijab Bukan Kerana Allah" - Sara Ali

Baru-baru ini hangat seketika apabila pelakon, Sara Ali yang bertudung tiba-tiba tampil tidak berhijab di khalayak ramai. Tindakan itu sekaligus mendapat kecaman ramai, lebih kecoh lagi apabila Sara sendiri mengakui dirinya bertudung bukan kerana Allah dan hatinya juga tidak pernah tenang semenjak mengenakan hijab setahun lalu.



“Setahun saya rasa bersalah dan hidup tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini. Apa yang saya lakukan ini bukan patut dibanggakan pun tetapi saya sudah lama berfikir tidak mahu menyembunyikannya”

“Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan banyak pihak termasuk keluarga saya dan beberapa orang lain dalam industri hiburan terutama wartawan. Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang tidak mahu saya sebutkan. Tiada ibu bapa bangga dengan keputusan ini terutama melibatkan urusan agama”

“Tetapi mereka akur walau tidak bersetuju dengan keputusan ini. Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya meminta maaf tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun,” katanya kepada Oh Bulan mengenai perkara itu.

Meskipun memasang niat untuk tidak lagi berpura-pura, perkongsian beliau di Facebook Live untuk memperjelaskan tindakannya itu nampaknya sekali lagi mengundang kemarahan peminat. Apa yang pasti ramai mengaitkan tindakan Sara itu dengan Uqasha Senrose yang dilihat memulakan ‘trend’ membuka tudung
Dikuasakan oleh Blogger.