-->

Header Ads

Satu Keluarga Maut Disembelih Perompak

MEDAN – Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah akibat dikelar seorang lelaki di  Sumatera Utara, Indonesia awal pagi tadi.

Dalam kejadian di rumah mangsa di Jalan Bakaran Batu, Medan Deli, kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa Herianto, 40, maut bersama isteri, Yani, 35, ibu mertua, Marni, 60, dan dua anak mereka iaitu Naya, 14 dan Gilang Raksono, 10.
Herianto serta mertuanya ditemui terkujur di bahagian dapur manakala isteri dan anak-anaknya pula ditemui di atas katil di rumah mereka.
Manakala anak bongsu mereka yang berusia empat tahun dilaporkan kritikal dan masih lagi menerima rawatan lanjut di unit kecemasan di Hospital Mitra Medika.


Lapor media Indonesia, kejadian disedari oleh seorang warga emas yang merupakan jiran mangsa selepas curiga dengan keadaan rumah mereka yang sunyi sepi awal pagi itu.
Menurut wanita berusia 60-an itu, dia pada mulanya cuba memanggil dari luar, namun tidak kedengaran sebarang sahutan, membuatkan dia cuba untuk pergi ke rumah jirannya itu.
Bagaimanapun alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati mayat ahli-ahli keluarga jirannya terkujur bertaburan dengan penuh kesan darah di beberapa tempat.
Lantas wanita itu segera menghubungi pihak polis yang segera tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 10 pagi.
Ketua kampung, Budiano mengatakan keluarga mangsa dikenali sebagai keluarga yang begitu mesra dengan penduduk kampung dan tidak pernah menimbulkan masalah dengan penduduk lain.
Menurut polis, setakat ini siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan maklumat awal menunjukkan ia kes rompakan berdasarkan beberapa barangan berharga hilang –
Dikuasakan oleh Blogger.