Khamis, 6 April 2017

Rapat Dengan Ruhainies, Aidit Noh Akui tiada Apa-Apa Perasaan Cinta

  Berita Premium       Khamis, 6 April 2017
Kuala Lumpur: Pelakon Aidit Noh menafikan gosip mendakwa dia kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Ruhainies.

Image result for aidit noh

Pelakon yang popular dengan drama Sweetie Nanie ini berkata, hubungannya dengan Ruhainies hanya sekadar kawan dan bukannya sedang bercinta seperti sangkaan ramai.

"Kami hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Saya tak ada apa-apa perasaan pun dengan Ruhainies.

"Lagipun saya dan Ruhainies masih solo, apa salahnya kami berkawan? Kami berkawan dulu, soal pengakhiran hubungan, biarlah Allah yang tetapkan.

"Kami mula rapat apabila sama-sama menjalani penggambaran drama Kisah Dari Mekah terbitan Zeel Production di Makkah, baru-baru ini," katanya.

Menurut Aidit, dia berharap hubungannya dengan Ruhainies tidak disalah anggap.

"Ada orang ingat kami bercinta, tetapi sebenarnya tidak. Kami satu kepala dan boleh berbual serta berbincang mengenai apa saja topik.

"Bagi saya, sukar mencari kawan satu kepala dan boleh menerima gurauan tanpa kecil hati. Saya suka mengusik Ruhainies dan dia hanya akan tersengih setiap kali dikenakan,” katanya.

Aidit berkata, dia selesa berkawan dengan Ruhainies dan sepanjang mengenalinya, Ruhaimies tidak pernah menunjukkan perangai jelik," katanya yang masih bujang.

Hubungan Aidit dan Ruhainies hangat diperkatakan di laman sosial apabila masing-masing kerap memuat naik gambar bersama di Instagram.
logoblog

Thanks for reading Rapat Dengan Ruhainies, Aidit Noh Akui tiada Apa-Apa Perasaan Cinta

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan