Selasa, 11 April 2017

Rakyat M'sia Tak Setuju Umur Bersara Naik Kepada 65 Tahun

  Berita Premium       Selasa, 11 April 2017
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan menaikkan umur persaraan dari 60 tahun kepada 65 tahun.

Image result for kerja

Menerusi kaji selidik yang dikendalikan The Star Online membabitkan 3,780 peserta baru-baru ini mendapati 66 peratus daripada mereka mengundi "tidak" bagi cadangan menaikkan umur persaraan.
Ia juga mendapati majoriti yang terlibat dalam kaji selidik iaitu 1,556 peserta memilih 55 tahun sebagai umur persaraan yang ideal, dan hanya tujuh peratus mengundi untuk 70 tahun.

Menerusi kaji selidik itu juga mendapati sentimen umum yang membantah kenaikan umur persaraan itu kerana mahu memberi peluang tenaga kerja kepada generasi muda.

Rohana Ahmad, 53, yang mengikuti kaji selidik itu berkata: "Selepas usia 55 tahun, kita perlu menghabiskan masa untuk diri sendiri. Kita seharusnya memberikan peluang kepada generasi muda untuk mengambil alih dengan idea yang lebih kreatif dan inovatif.

Seorang lagi peserta, Bakia, 48, berkata: "Kita menyedari bahawa prestasi (kerja) akan menurun apabila usia meningkat. Ada segelintir yang mendapat bayaran kerana membuat kerja yang sikit. Berikan saja peluang kepada generasi muda."

Yutt, 25, berkata: "Ia bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak kerja-kerja baharu untuk orang-orang muda. Ia juga menghentikan beban warga emas yang terpaksa berdepan dengan teknologi terbaru."

Ahad lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menjelaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikan umur persaraan wajib dari 60 tahun kepada 65 tahun.
logoblog

Thanks for reading Rakyat M'sia Tak Setuju Umur Bersara Naik Kepada 65 Tahun

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan