Header Ads

Punca saya haramkan Vitagen untuk anak-anak saya - Solehah Muhammad





Sebagai ibu bapa, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kerana mereka inilah bakal mewarisi legasi kita pada suatu hari nanti.


Namun, di dalam kerakusan kita untuk menyediakan yang terbaik untuk anak kita, pasti ada kalanya, yang terbaik itu ternyatalah bukan perkara terbaik yang pernah kita berikan kepada anak-anak kita seperti minuman berkultur Vitagen ini.

Meski pun tidak dapat dinafikan minuman ini dapat membantu sistem pencernaan kanak-kanak kerana kandungan kulturnya yang tinggi, namun perlu diingatkan bahawa minuman ini juga mengandungi kandungan gula yang tinggi.


Seorang pengguna Facebook, Solehah Muhammad telah berkongsi sebab mengapa beliau mengharamkan minuman ini di rumahnya:
Isu “pengharaman” vitagen oleh sy kepada anak 
Maaf kalau penggunaan kata yg extream. Tp hakikatnya begitulah, kalau boleh haramkan memang nak je saya haramkan. Huhuu..
Utk makluman Vitagen tak haram. Ada cop JAKIM..
Kandungan paling tinggi dalam sebotol kecik vitagen adalah gula. Ia lebih tinggi dari kandungan yg sepatutnya lebih penting iaitu susu & jus..
Inilah sebabnya sy tidak suka dan tidak beri vitagen pada anak sy. Gula berat utk dihadam dan berat utk diproses oleh organ yg belum sempurna pembentukannya dari seorang anak kecil..
Sikit2 lama2 jadi banyak. Perut anak akan merasa tak selesa dan akan menjadi sakit. Buah pingang anak rosak. Emosi anak akan kacau. Anak mudah tantrum. Anak jd hyper. Anak tak mahu bertenang..
Manis menguasai diri, anak jd ketagih. Tolak nasi! Tolak sayur! Tolak ikan! Tolak makanan sebenar! Mahu yg manis2 sahaja. Sanggup berlapar. Asalkan dpt minuman manis..
Tak dapat manis, anak berontak. Anak tak mahu dgr cakap. Buat perangai. Mengamuk!
Rasa sama dgn situasi di atas?

Ubahlah pemakanan anak. Anak makan sebab kita beri. Kita ajar..

Gambar ni adalah vitagen dalam fridge rumah saya. Rumah sy ada vitagen! Buka sy beli. Orang beri
Apa-apa pun, bukan minuman seperti ini saja yang menjadi punca dan penyebab kepada sesuatu penyakit itu dan kita sebagai ibu bapa perlu bijak mengimbangkan pengambilan makanan dan minuman seperti ini untuk anak-anak kita. Hatta nasi putih sekali pun, kalau diberikan di dalam jumlah berlebihan boleh memudaratkan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.