Khamis, 6 April 2017

Persenda PM, Tugas Najip Ali Dalam MLM2017

  Berita Premium       Khamis, 6 April 2017
PETALING JAYA: Keceluparan pengacara Najip Ali mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura membawa padah apabila peranannya sebagai juri tetap dalam Maharaja Lawak Mega 2017 ditamatkan.

mStar Online difahamkan, tempat Najip itu akan digantikan dengan selebriti lain dalam rancangan yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Warna pada Jumaat ini pukul 10 malam.

Namun siapakah penggantinya itu masih lagi menjadi rahsia dan hanya dapat diketahui apabila rancangan itu disiarkan nanti.

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu  Astro, Raqim Ahmad yang dihubungi mStar Online enggan menguas mengenai perkara itu.

Image result for NAJIB ALI

Pihak pengurusan Najip di Singapura yang dihubungi mStar Online juga mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen sebaliknya meminta perkara berkenaan ditanya sendiri kepada Najip.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang  memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.
Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Bagaimanapun peserta rancangan itu termasuk Najip Ali mengambil peluang mengisi tempat kosong dengan ayat mempersendakan Perdana Menteri.

Najip dan pemilik saluran televisyen berkenaan bagaimanapun sudah memohon maaf atas kesilapan mereka selepas ia menjadi kontroversi.

Dalam perkembangan berkaitan Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu memandang serius komen negatif yang disiarkan dalam rancangan itu dan berharap perkara sama tidak lagi berulang pada masa hadapan.

logoblog

Thanks for reading Persenda PM, Tugas Najip Ali Dalam MLM2017

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan