Header Ads

Pengarah Suruh Pegang Bahu Ayda Jebat - Redza Rosli

Kuala Lumpur: Pelakon Redza Rosli, 25, menafikan dia sengaja memeluk bahu Ayda Jebat, 25, pada satu segmen yang memerlukan mereka seolah-olah sedang berlakon di lokasi drama pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Putrajaya, Ahad lalu.



Menurut Redza, adegan dia memeluk bahu penyanyi lagu Nakal Nakal Nakal itu bukanlah disengajakan tetapi mengikut skrip dan arahan Erma Fatima.

“Tiada apa yang pelik berlaku pada malam itu kerana kami hanya menurut arahan pengarah. Tidak mungkin saya melakukan sesuatu yang akan menimbulkan kontroversi malah saya lega kerana penonton dan peminat memahami kami hanya melunaskan tugas sebagai penyampai anugerah.

“Malah ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia cuma lakonan semata-mata,” katanya.



Ayda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

“Tiada apa yang perlu dijelaskan malah tiada siapa pun yang bertanya,” katanya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.