-->

Header Ads

Pemandu Grab Car diugut mak nyah selepas lakukan seks



PETALING JAYA: Seorang pemandu GrabCar mendakwa diugut lelaki transgender atau mak nyah selepas mengadakan hubungan seks.

Perbuatan terlarang itu dirakamkan dalam bentuk visual oleh mak nyah berkenaan tanpa disedari pemandu tersebut.

Menurut sumber, pemandu berusia 24 tahun dan transgender itu mengadakan hubungan seks di sebuah pangsapuri di Pudu pada awal pagi 5 April lalu.

Tidak lama kemudian, pemandu itu telah dihubungi oleh transgender tersebut dengan mengancam untuk menyebarkan video hubungan mereka kecuali dibayar sejumlah wang bernilai RM1,000.

Bagaimanapun pemandu itu enggan membayar dan transgender tersebut bersetuju mengurangkan permintaannya kepada RM500.

Walau bagaimanapun, pemandu itu tetap berdegil dan tidak membayar.

Kecewa dengan reaksi berkenaan, transgender itu kemudiannya menghubungi bapa mangsa bagi membuat tuntutan sama dan mengancam untuk mencetuskan kekecohan di tempat kerjanya jika bayaran tidak dibuat.

Difahamkan satu laporan polis telah dibuat pada 6 April dan suspek telah ditangkap pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ​​mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan reman selama empat hari sehingga 10 April.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dikuasakan oleh Blogger.