Rabu, 19 April 2017

Pelajar Bunuh Bayi Baru Lahir Bakal Di Gantung Jika Bersalah

  Berita Premium       Rabu, 19 April 2017
PETRA JAYA: Penuntut kolej swasta Betty Kuleh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini, atas tuduhan membunuh dengan membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya, pada 11 April lalu.



Tertuduh, 24, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah yang disewa di Sama Jaya Apartment di Muara Tabuan, Kuching dekat sini, kira-kira jam 6 pagi pada hari kejadian

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Belaga di Hulu Rejang. Majistret

 Zulhairil Sulaiman menetapkan 19 Mei ini sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia kes itu.
logoblog

Thanks for reading Pelajar Bunuh Bayi Baru Lahir Bakal Di Gantung Jika Bersalah

Previous
« Prev Post