-->

Header Ads

"Minta Maaf Jika Ada Yang Tak Suka Saya Buka Tudung"

Gara-gara memuat naik gambar memakai rambut palsu biarpun sudah bertudung, Zarina Zainuddin dikecam hebat oleh peminat yang berang dengan tindakannya mempermainkan isu agama. Jelasnya, biarpun sudah membuat keputusan untuk berhijrah, beliau masih perlu membuka tudung bagi sesetengah watak kerana pendapatan utamanya kini adalah berlakon.



“Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama. Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh. Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen tanpa tudung bagi sesetengah drama”

“Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini salah saya sendiri. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendapatan utama saya adalah berlakon. Pada masa sama, perlahan-lahan saya belajar memperbaiki diri. Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100 peratus sempurna,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, Zarina tidak menafikan bahawa dirinya merasa terkilan dengan kritikan melampau yang diterimanya namun beliau akan mencuba lagi untuk menjadi muslim yang lebih baik lagi. Berikutan itu, gambar yang dimuat naiknya juga telah dipadam atas permintaan suaminya yang tidak ingin Zarina terus dihentam dengan kata-kata kesat dari peminat.

Tetapi kalau diingat balik, memang Zarina ada memberitahu, untuk sesetengah drama beliau terpaksa membuka hijabnya bagi menjiwai watak terbabit. Apapun doakan yang terbaik saja buatnya. Penhijrahan juga memerlukan masa supaya hati lebih ikhlas, barulah kekal!
Dikuasakan oleh Blogger.