-->

Header Ads

Letak Harga Berlakon Mahal Untuk Buat Baju Sendiri - Azizah Mahzan




PETALING JAYA: Pelakon Azizah Mahzan mengakui tawaran dengan bayaran yang rendah menjadi punca wajahnya jarang kelihatan di drama-drama tempatan.

Azizah, 53, berkata, dia mempunyai sebab tersendiri meletakkan harga yang sesuai dengan kredibilitinya sebagai seorang pelakon dan bukan sekadar untuk melengkapi sesebuah drama.

"Mereka (produksi) kebanyakkannya kata saya mahal dan suka berdrama. Saya letak harga sebegitu kerana ada sebab tersendiri.

"Saya tidak mahu terima tawaran hanya untuk melengkapi sesebuah naskhah yang perlu ada ayah, emak dan anak.

"Bayaran yang saya terima itu dibahagikan kepada beberapa keperluan untuk watak itu iaitu saya perlu rancang untuk baju saya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Azizah mengulas tentang perkembangan kerjaya seninya yang dilihat kurang muncul dalam drama-drama tempatan.

Pelakon drama Spa Qistina ini berkata, dia kini lebih memilih karya daripada rakan-rakan yang dikenalinya sahaja.

"Saya lebih selektif terutama terhadap naskhah yang mampu menarik perhatian saya sahaja.

"Saya juga berlakon di bawah arahan orang yang pernah saya bekerja sahaja kerana saya tidak selesa untuk bekerja dengan orang-orang baru. Namun saya akui kebanyakkan mereka yang baru ini lebih bertenaga dan banyak idea," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon ini bakal muncul dalam drama popular Mak Cun musim ketiga tidak lama lagi.

Dikuasakan oleh Blogger.