Header Ads

Kalau Di Ceraikan Suami, Saya Ada Duit Dan Rumah - Anzalna Nasir


Kalau anda pengikut setia Anzalna Nasir di Instagram, pasti anda dapat lihat betapa bahagianya beliau dan suami, Hanif Zaki menerusi foto-foto mesra yang dikongsikan. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna Anzalna bergantung hidup seratus peratus kepada suaminya.
Sebagai seorang wanita yang berdikari, Anzalna ingin mecari rezeki sendiri agar tidak hilang arah ataupun terkapai-kapai jika ditinggalkan suaminya. Iyalah, di dalam rumah tangga kita tidak mungkin akan dapat menjangka apa yang berlaku di masa hadapan.
Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia. Bagaimana jika suami kita meninggal dunia?
Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita. Supaya, bila diceraikan suami, kita ada tempat berteduh. Saya bekerja untuk duit saya membeli belah. Tidaklah suami kata saya hanya goyang kaki sahaja.
Apa yang Anzalna nasihat itu ada betulnya. Persediaan untuk masa hadapan itu perlu lagipun ianya lebih seronok sebenarnya jika kita boleh membeli apa sahaja kita mahu dan menyimpan sedikit wang hasil titik peluh sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.