-->

Header Ads

Jangkitan Kuman di Paru-Paru, Pelakon Riezman Enggan Ke Hospital

KUALA LUMPUR 6 April - Pelakon, Riezman Khuzaimi, 47, dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Selangor pagi tadi akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Isterinya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 48, berkata, Riezman mula mengalami demam dan tidak sihat sejak seminggu yang lalu namun enggan mendapatkan rawatan di hospital.


Jelasnya, Riezman sekarang ini sedang mendapatkan rawatan setelah tekanan darahnya didapati terlalu rendah.

Image result for riezman khuzaimi
“Saya terpaksa ‘memaksa’ Riezman ke hospital pagi tadi setelah mendapati dia terlalu lemah dan tidak bermaya sehingga jalan pun terhuyung-hayang.

“Setiba di hospital, doktor ambil tekanan darah dan mendapati terlalu rendah. Doktor pun terkejut dan terus berikan rawatan.

“Jadi, sekarang keadaan dia semakin pulih dan sudah sedarkan diri. Nampak segar sedikit berbanding sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Normaziah juga meminta agar semua pihak mendoakan kesihatan yang baik kepada suaminya. - UTUSAN ONLINE

Dikuasakan oleh Blogger.