-->

Header Ads

Jangkitan Kencing Tikus, Isteri Shukri Yahaya Lemah

Kuala Lumpur: Isteri pelakon popular, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan masih dalam keadaan lemah walaupun dibenarkan keluar dari hospital, minggu lalu akibat dijangkiti kencing tikus.

Image result for Shukri Yahaya

Shukri, 28, berkata, isterinya dibenarkan pulang ke rumah selepas lapan hari dirawat dan dinasihatkan supaya berehat hingga sembuh sepenuhnya.

Menurut pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu, dia masih tertanya-tanya punca isterinya dijangkiti penyakit itu.

"Saya tidak tahu bagaimana Tya boleh terkena penyakit itu. Dia jarang keluar dan ada kemungkinan dia terkena sewaktu kami makan di luar.

"Kalau terjangkit dari rumah, pasti saya dan anak turut dijangkiti," katanya.

Shukri berkata, akibat lebih dua minggu menderita penyakit itu, isterinya seakan-akan hilang semangat.

"Mujur keluarga kami tinggal berdekatan dan ibu membantu menjaga anak kami sepanjang Tya sakit," katanya.

Shukri berkata, penyakit itu mula dikesan selepas Tya mengalami demam selama 10 hari walaupun sudah berjumpa empat doktor.

"Disebabkan demamnya tidak surut, kami mengambil keputusan ke hospital dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing tikus," katanya.

Pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Aaira Ameena yang kini berusia tujuh bulan.
Dikuasakan oleh Blogger.