Khamis, 13 April 2017

'Jahanam kereta aku dikerjakan, merangkaklah korang cari aku nanti'

  Berita Premium       Khamis, 13 April 2017
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki luah rasa kesalnya dengan tindakan segelintir peniaga uptown yang tidak bertanggungjawab menjahanamkan keretanya hanya kerana parking terlebih di tapak niaga Uptown Danau Kota. 

Lelaki yang tidak didedahkan nama itu tidak menyangka segelintir peniaga uptown tergamak merosakkan keretanya sehingga terpaksa mengeluar wangnya sendiri untuk membaiki kenderaannya. 


Aduan dari mangsa (sumber: Orang Wangsa Maju)

Bila dah jadi begini, aku tak boleh bersabar lagi. This is another level. Kalau korang yang tak tahu, kawasan uptown ini kawasan shop lot atau office lot lama. Senang cakap, banyak orang lama duduk sini. 10-30 tahun punya cerita, bila uptown muncul, awal-awal okey, tetapi lama-lama k.o. Bagi hangin satu badan saja. 

Tapak lot dah dibagi, korang pasang di situ saja, tak boleh ke? Ini tidak, pasang sampai parking kereta. Selepas itu korang angin bila orang parking kereta di situ. Korang pecahkan kereta, calarkan, patahkan, conteng-conteng apa kes? 

Kononnya uptown nak tolong orang Melayu berniaga, cari duit lebih. Ini dah macam tolong ajar jadi samseng saja. Walaupun kereta itu kacau tempat itu, beri amaran bertulis saja tak cukup ke? Ini dibaraikan kereta orang, kenapa? Bukan kitorang parked berbulan-bulan di situ.

Sekarang, beribu riban duit perlu dibelanjakan untuk repair. Nak minta korang bayar gantirugi? Memang haramlah, korang confirm tak ada duit. 

Ini bukan kereta pertama menjadi mangsa korang. Banyak lagi kes yang sama dah berlaku. Yes, korang akan cakap tak semua peniaga samseng atau yang sewaktu dengannya tetapi berniaga biarlah beradab. 

Laporan polis telah dibuat, rakaman CCTV dalam proses. Korang tunggulah. Tak dapat di dunia, di akhirat nanti ada. Merangkaklah korang nanti cari orang-orang yang teraniaya ini. 
Berdasarkan gambar, mangsa menerima sekeping nota yang juga menyebutnya sebagai babi, selain bahagian bonet depan dan tapi pintu keretanya dicalarkan dengan sengaja. Malah belakang bonet keretanya turut dikemekkan. 






Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pelakunya. 

Dalam masa yang sama, mangsa menjelaskan bukan niatnya mahu memburukkan peniaga uptown, namun dia sudah hilang kesabaran apabila keretanya dengan sengaja dirosakkan.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Dalam Akta Pelindungan Pengguna, individu yang merosakkan harta benda orang awam boleh didakwa dan jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali. 
logoblog

Thanks for reading 'Jahanam kereta aku dikerjakan, merangkaklah korang cari aku nanti'

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan