Khamis, 6 April 2017

Itu Fitnah Besar – Tak Puas Hati Dituduh Murtad, Siti Kasim Mahu Mufti Perak Disebat

  Berita Premium       Khamis, 6 April 2017
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihati Siti Kasim agar mempelajari dan memahami agama Islam sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan agama. Malah, Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh isu tauhid kerana perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad.
Tidak berpuas hati dengan nasihat Mufti Perak, Siti Kasim mahu Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dihukum sebat 80 kali kerana menfitnahnya murtad.

Fitnah besar menuduh wanita secara salah, boleh dihukum 80 sebat




Saya dengar Harussani menuduh saya murtad. Saya tidak murtad. Beliau perlu dengar temubual saya. Jangan terkeliru dengan versi cut paste berunsur fitnah oleh menara.my, laman web fundamentalis yang hanya menyerang sesiapa saja yang Islamofasis anggap sebagai liberal.
Itu fitnah besar untuk menuduh wanita secara salah, boleh dihukum 80 kali sebat menurut al-Quran.
Surah 24:4 (Surah An Noor) “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;”
Dimana 4 saksi beliau? Syariah juga tidak menerima video sebagai bukti.
Petikan di atas bukan hanya untuk zina sahaja, perkataan zina langsung tak dinyatakan.

Adakah dia Tuhan?



Munurut berita,
Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh isu tauhid yang jelas bukan bidangnya.
“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad. Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam.
Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah.”
Jadi, soalan saya kepada beliau,
Adakah dia Tuhan? Memahami kepercayaan anda itu perlu. Allah perintah ummah untuk menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya ialah dengar nasihatnya sendiri.
Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri.
sumber : Siti Kasim
logoblog

Thanks for reading Itu Fitnah Besar – Tak Puas Hati Dituduh Murtad, Siti Kasim Mahu Mufti Perak Disebat

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan