-->

Header Ads

Gambar Ketua Kumpulan Abu Sayyaf Terbunuh Didedah

SANDAKAN: Pihak berkuasa Filipina mendedahkan gambar ketua Abu Sayyaf Abu Rami yang dibunuh di Bohol, Filipina.



Abu Rami (gambar) atau Muamar Askali merupakan anggota tertinggi kumpulan Abu Sayyaf berada dalam senarai individu dikehendaki oleh Malaysia dan Filipina.

Gambar tersebut turut menemui terdapat pin bendera IS di dadanya.
Pasukan keselamatan Filipina terpaksa membunuh pemimpin Abu Sayyaf itu yang sebelum ini selalu muncul dalam rakaman beberapa video hukuman mati tebusan.

Abu Rami merupakan salah seorang daripada lima lelaki bersenjata yang terbunuh dalam pertempuran di Bohol, di tengah Filipina pada Selasa.

Ketua Bahagian Risikan Pejabat Polis Central Visayas, Supritendan Kanan Jonathan Cabal mengesahkan kematian Abu Rami.

Kematiannya telah digambarkan sebagai satu lagi tamparan hebat kepada kumpulan pengganas itu yang bertanggungjawab dalam puluhan kes penculikan di Sabah.

Kira-kira 60 lelaki bersenjata termasuk pemimpin Abu Sayyaf itu telah memasuki wilayah Bohol dan berdepan dengan pasukan keselamatan.

Sekurang-kurangnya sembilan orang - lima militan, tiga anggota tentera dan seorang anggota polis - terbunuh dalam pertempuran senjata api, yang berlaku di kampung pergunungan Napo di bandar Inabanga.

Wilayah Bohol terletak berjauhan daripada pengkalan pengganas yang berada di selatan kawasan hutan, namun Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi isyarat bahawa kumpulan bersenjata itu mungkin menjalankan aktiviti penculikan di sana.

Anggota lain Abu Sayyaf yang diketuai Abu Rami itu dipercayai telah melarikan diri Pulau Jolo berikut serangan intensif oleh tentera Filipina.

Dikuasakan oleh Blogger.