Ahad, 9 April 2017

Gagal 3 Perkahwinan, Dato Vida Serik Kahwin Lagu

  Berita Premium       Ahad, 9 April 2017
Gagal dalam ketiga-tiga perkahwinan bukanlah mudah buat Datuk Seri Vida, malah beliau juga akui sudah serik untuk berkahwin lagi. Enggan terlalu melayan perasaannya, Datuk Seri Vida memilih untuk berehat sebentar daripada sebarang aktiviti bagi menenangkan fikiran.



“Tak tahu nak cakap. Kami berpisah cara mudah, dipersetujui dengan mudah. Tidak ada apa-apa perkara berbangkit selepas perpisahan ini. Saya harus kuat. Rancang tumpu pada bisnes, buat yang terbaik untuk perniagaan. Saya tak mahu layan perasaan ini”

“Begitu juga dengan anak-anak, mereka ada bertanya, mereka boleh terima dan mereka juga perlu kuat. Saya bercadang untuk bercuti selama 10 hari bersama keluarga. Pergilah ke mana-mana. Buat masa ini serik untuk kahwin lagi,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Semalam berita perpisahan pasangan itu heboh diperkatakan apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan Datuk Seri Vida dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin sah bercerai dengan talak satu. Perkara itu sekaligus menjawab segala teka-teki mengenai status rumah tangga usahawan itu yang dikatakan bergolak beberapa minggu sebelum. (
logoblog

Thanks for reading Gagal 3 Perkahwinan, Dato Vida Serik Kahwin Lagu

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan