-->

Header Ads

Fattah Amin Bakal Lancar Novel "Wanita Terakhir"

Selepas kejayaan lagu Wanita Terakhir yang mula menjadi kegilaan ramai dek kerana fenomena LoFattah, Fattah Amin berhasrat untuk melancarkan novel pula. Menurut Fattah, novel yang bakal keluar nanti memang diadaptasikan daripada lagu terbabit, khas buat peminat beliau dan Neelofa yang tidak henti menyokong mereka di dalam industri hiburan.



“Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat, yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya, termasuk kumpulan Lofattah, saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka”

“Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat,” Jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan hasratnya untuk mengeluarkan novel pula selepas lagu Wanita Terakhir mendapat sambutan luar biasa oleh peminat LoFattah.

Terdahulu, sebelum single lagu Wanita Terakhir, Fattah juga pernah melancarkan sebuah buku motivasi bertajuk 99 Kata-Kata Fattah Amin #Qalifmoden. Biarpun buku berkenaan mendapat banyak kecaman, namun dikhabarkan laku juga di pasaran. Untuk pengetahuan, buku berkenaan bakal dilancarkan pada 29 April 2017 di PWTC ketika KL International Book Fair 2017.
Dikuasakan oleh Blogger.