-->

Header Ads

Emak Dah Meninggal, Benji Jual Dadah Untuk Biaya Rawat Kanser Ibu

Jual dadah demi membiayai rawatan ibu. Itulah apa yang dijelaskan kepada pihak berkuasa apabila Benjy yang ditangkap kerana menyorokkan dadah di dalam duburnya baru baru ini. Sehingga kini, pelakon itu masih lagi ditahan di Indonesia.



“Pernah, enggak racik sendiri untuk pakai, tetapi untuk biayai (pengobatan) kanker ibu saya. Anak jantan mana boleh lihat ibunya sakit,” jelas Benjy dalam satu kenyataan yang dipetik daripada Merdeka.com.

Untuk pengetahuan anda, ibu Benjy, pelakon Azean Irdawaty telah meninggal dunia pada Selasa 17 Desember 2013 setelah mengidap kanser.

Sementara itu menurut pihak berkuasa di sana, setelah diteliti, berat dadah yang disorokkan Benjy di dalam duburnya sebelum ini hanyalah 4.5 gram dan bukanlah 14 gram seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Selain itu, tiada lagi bukti menunjukkan bahawa Benjy mempunyai rangkaian dengan mana mana pengedar dadah di Medan, Indonesia namun siasatan masih diteruskan sehingga kini.
Dikuasakan oleh Blogger.