-->

Header Ads

"Elfira Loy Tempat Saya Luah Perasaan & Masalah" - Sufian Suhaimi

Mengakui Elfira Loy antara wanita yang paling rapat dalam hidupnya sekarang, Sufian Suhaimi tidak menafikan kontroversi cinta antara mereka sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka. Malah hubungan baik dengan ibu Elfira juga seolah merestui persahabatan itu.



“Elfira adalah pendengar yang baik. Pengalaman dalam industri seni banyak membantu saya menyusun langkah. Elfira banyak memberikan tunjuk ajar mengenai apa yang perlu dilakukan atau sebaliknya. Dia juga tempat saya meluahkan perasaan dan masalah. Keluarga saya dan Elfira tahu mengenai persahabatan kami”

“Hubungan saya dengan ibunya juga baik. Tetapi rasanya terlalu awal untuk berbicara lebih jauh mengenai hubungan kami. Saya tidak melihat keakraban kami sebagai sesuatu yang serius. Lagipun kami tidak berbuat apa-apa salah. Memang gosip ada baik dan buruknya, jadi kami perlu matang untuk menjadikannya posiitf,” jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Memahami sebagai insan seni, gosip cinta merupakan lumrah namun bagi Sufian, beliau juga masih cuba membiasakan diri menghadapi kontroversi cinta bersama selebriti terkenal seperti Elfira. Bagaimanapun Sufian tidak ingin berbicara perkara yang tak pasti dan lebih selesa membiarkan perasaan itu mengalir dengan sendirinya.
Dikuasakan oleh Blogger.