Khamis, 13 April 2017

Doktor Kata Hayat Tak Lama, Bayi 13 Hari Hidap Bengkak Buah Pinggang

  Berita Premium       Khamis, 13 April 2017
BALING - " Doktor maklum hayatnya tidak akan lama seperti bayi lain," demikian luahan seorang ibu kepada bayi berusia 13 hari yang mempunyai masalah organ dalaman.

‘Doktor maklum hayatnya tidak lama’

Muhammad Hadif Amsyar Mohd Syahid yang mengalami bengkak di kedua bahagian buah pinggang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk hidup.

Bayi yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan itu juga mempunyai masalah pundi kencing, hati, usus, limpa dan paru-paru.

Ibunya, Siti Nor Aisyah Abdul Ghani,28, dari Kampung Banggol Berangan berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu kini menerima rawatan di Hospital Sungai Petani.

"Buah pinggang kiri dan kanan gagal berfungsi, saluran pundi kencing juga bermasalah dan terpaksa bergantung kepada saluran tiub.

"Doktor juga terpaksa meletakkan beg plastik di bahagian perutnya kerana air kencing selalu keluar melalui tali pusat,"katanya, di sini, hari ini.

Difahamkan, masalah bayi berkenaan dalam perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Baling.

Menurutnya, kandungannya ketika berusia lima bulan didapati bermasalah dan doktor menyarankan supaya ia digugurkan.

"Sebelum buat keputusan gugur anak, saya buat solat istikharah. Malam sama, saya bermimpi bertemu seorang bayi dan dia meminta agar diberinya peluang untuk hidup.

"Atas keyakinan ia adalah petunjuk daripada ALLAH, niat itu batalkan. Bagaimana sekalipun keadaan anak, dia adalah darah daging sendiri dan akan pelihara sedaya upaya"katanya.

Siti berkata, masalah sistem organ dalaman menyebabkan susu diberi tidak dapat dihadam dengan baik.

"Dia akan muntah semula bila diberi minum susu, sehinggalah semalam doktor tidak benarkan anak diberi susu buat sementara sebab keadaannya yang kritikal,"katanya.

Sementara itu, ayah, Muhammad Syahid Ismail,29, berkata, hatinya hiba dan sebak setiap kali menziarahi anak di hospital.

"Saya tidak dapat tahan air mata daripada mengalir setiap kali lihat Muhammad Hadif. Diharap masyarakat mendoakan anak kami supaya cepat sembuh,"katanya.

Untuk bantuan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional ( BSN) di nombor akaun 02005-41-00008113-7 atas nama Mohd Syahid Ismail.
logoblog

Thanks for reading Doktor Kata Hayat Tak Lama, Bayi 13 Hari Hidap Bengkak Buah Pinggang

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan