-->

Header Ads

Buang Bayi Dalam Mangkuk Tandas, Gadis 20 Tahun Bakal Di Gantung Sampai Mati

Alor Setar: Hasil bedah siasat mayat bayi lelaki yang ditemui di dalam mangkuk tandas kolej di Bukit Kayu Hitam, Khamis lalu mendapati mangsa masih hidup ketika dilahirkan.

Image result for buang bayi mangkuk

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk Nashir Ya berkata, bagaimanapun punca kematiannya masih dalam siasatan dan kertas siasatan kini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, gadis terbabit yang juga penuntut kolej berusia 20-an yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis turut ditahan semula, malam tadi bagi membantu siasatan.

"Sebelum ini kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi namun selepas menerima laporan bedah siasat ini kita membukanya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Khamis lalu, polis menahan gadis penuntut kolej berusia 20-an susulan penemuan mayat bayi lelaki baru lahir di dalam mangkuk tandas sebuah kolej di Bukit Kayu Hitam.

Pihak polis menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam pada 5.20 petang.

Suspek berasal dari Sungai Petani ditangkap di hospital awam ketika dia sedang menerima rawatan.
Dikuasakan oleh Blogger.