-->

Header Ads

Azri AF Didakwa Kerana Mencelup Kedua-Dua Tangan Anak Tirinya Ke Dalam Air Panas..

Azri AF Didakwa Celup Tangan Anak Dalam Air Panas

SEPANJANG dua tahun pasangan Azri AF9 dan Selma Mentor mendirikan rumah tangga, tiada sebarang cerita kurang enak kita dengar dilaporkan media.

Tup-tup, kecoh hari ini apabila Azri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak tirinya yang berumur 10 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Perbuatan tersebut dilakukan di Pangsapuri Seri Mutiara, Jalan Putra Indah 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya, Selangor pada 5 Mei 2016 kira-kira jam pukul 8 pagi.
Atas kes itu, Azri didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak menganggu mangsa.
Kes akan disebut semula pada 15 Mei ini.
Azri dan Salma berkahwin pada 31 Januari tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua Salma.
Dikuasakan oleh Blogger.