Header Ads

Andai Ditakdir Bercerai, Saya Redha – Serina Redzuawan

Setiap pasangan yang berkahwin, tidak ingin perkahwinan yang dibina roboh di tengah jalan. Begitu juga pelakon Serina Redzuawan yang kini dalam proses untuk menyelamatkan rumah tangganya. Serina dan suami, Gavin Edward sedang berbincang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka sebaik mungkin.

Kami masih berbincang dan berusaha menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin. Maklumlah, bukan mudah perkahwinan membabitkan dua budaya kerana banyak dugaannya. Saya tak boleh komen banyak kerana isu ini terlalu sensitif dan saya perlu menjaga nama baik keluarga kedua belah pihak. Saya akan beri kenyataan mengenai masalah rumah tangga kami selepas perbincangan selesai.
Panjang atau tidak jodoh kami, saya serahkan kepada Allah SWT. Dan andai ditakdirkan berpisah, saya redha kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Menurut Serina, bapanya Datuk Chef Wan sering memberi beliau nasihat tetapi tidak mahu terlalu masuk campur di dalam masalah beliau dan suami.
Papa cuma bagi nasihat dan minta kami menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik.

Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.