Header Ads

5 Jenis Rider Neraka Pemandu Uber Dan grab Nak Elakka

Penulis asal Hakam Rahmad

Biasa guna Uber/Grabcar?


Pastinya ramai antara kita yang sudah tahu dan sudah menggunakan perkhidmatan ini. Ia adalah alternatif kepada pengguna selain teksi, bas dan LRT.

Saya juga tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan ini. Bulan lepas, semasa bercuti ke luar negara bersama keluarga, saya menggunakan perkhidmatan ini dari Malaysia sampailah di sana juga, saya guna perkhidmatan ini.

Lorong mana kita ada pun kita boleh guna perkhidmatan ini, hanya melalui apps dan mereka boleh datang ke lokasi kita.

Image result for rider grab uber

Mudah dan cepat. Seiring dengan teknologi yang bergerak pantas. Harga pun sangat berpatutan.

Kebiasaannya, apabila menggunakan perkhidmatan ini, saya tidak melepaskan peluang untuk berborak dengan pemandu. Antara soalan yang saya suka tanya, adalah berkenaan sikap penumpang, atau lebih dikenali sebagai rider.

Bukan semua rider bersikap buruk, banyak yang baik-baik, tetapi ada yang suka mengambil kesempatan atas kemudahan teknologi ini.

Antara yang dapat saya kumpulkan

1) Apabila memanggil pemandu ke lokasi, terus telefon atau mesej pemandu suruh cepat. Bila dah sampai, rupanya rider masih di dalam rumah. Dapat pemandu yang baik hati, sampai 15 – 20 minit dia tunggu. Cubalah berperasaan sikit, mereka bukan pemandu peribadi kita. Panggil apabila kita dah betul-betul bersedia di lokasi. Makcik yang bayar PTPTN RM10K serta merta pun, MAS tak tunggu dia untuk ke Jepun, walaupun dah beli tiket tau!

2) Panggil pemandu hanya untuk perjalanan tidak sampai 300 meter. Kadang kala pemandu mengambil masa 5 – 15 minit untuk datang ke lokasi, menempuh kesesakan dan sebagainya, hanya untuk perjalanan begini? Kalau dah dekat sangat nak pergi, jalan kaki sahaja. Lainlah kalau sakit. Kesian pemandu, silap-silap tak balik modal pun dengan kos nak datang ambil. Rider bukan tak tau, dalam apps boleh nampak pemandu dari arah mana dan berapa lama akan sampai. Jadi, bertimbang-rasalah. Kalau perlu juga, bayarlah lebih, sedekah – pahala pun dapat.

3) Masuk kereta, buat seperti kereta sendiri. Makan bersepah, minum tumpah, tukar siaran radio atau guna bluetooth kereta untuk dengar lagu dari telefon sendiri sesuka hati. Kalau perlu, minta elok-elok. Tak susah pun sebenarnya. Ada juga yang buka tingkap untuk merokok. Lebih ekstrem, ada yang bercengkerama di belakang dengan kekasih. Hoi, get a room la! Bila ditegur, ada yang marah, dengan mengatakan dia dah bayar. Amboi, kalau nak begitu, beli kereta sendiri dan gajikan pemandu peribadi, buatlah apa yang kau suka.

4) Nak ke destinasi dengan cepat. Selalu terjadi jika rider sudah terlewat ke tempat kerja atau ke lapangan terbang. Dah tau lambat, keluarlah awal. Kalau nak suruh pemandu memandu laju, kena saman siapa nak bayar? Kalau dah betul-betul terlewat dan perlu untuk laju, sediakan RM300 siap-siap beri kepada pemandu, kalau kena saman pun pemandu tak risau. Kalau tak kena saman, anggaplah sebagai saguhati kepada pemandu kerana telah berusaha menyelamatkan anda.

5) Bila dah sampai destinasi, bergaduh pula berkenaan dengan tambang. Tak puas hati, keluar dan hempas pintu kereta kuat-kuat. Tadi saya ada cakap, beli kereta sendiri dan gajikan pemandu peribadi, nak cabut pintu terus pun boleh.

Ingat, selain kos minyak yang mahal, mereka juga perlu modal untuk servis kereta, cuci kereta, tukar tayar dan lain-lain lagi. Selain memudahkan kita ke mana-mana, kita juga perlu memudahkan mereka. Mereka itu kalau dah kaya-raya, saya pasti mereka pun tak buat Uber/Grabcar ini. Kebanyakan yang saya tanya, mereka jadikan perkhidmatan ini sebagai sumber kedua mereka untuk menampung kehidupan.

Bertimbang rasa dan jagalah sikap kita. Mungkin kita tak sedar selama ini kita bersikap begitu. Dan apabila sampai ke destinasi, senyum dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Jangan lupa beri 5 bintang, kerana mereka perlu kekalkan rating yang baik untuk terus menjadi pemandu Uber/Grabcar ini. Kalau tak beri, anda mungkin antara salah seorang yang menurunkan rating mereka dan mungkin mereka telah di sekat sekarang untuk terus mencari rezeki.

Orang dah memudahkan urusan kita, kita juga perlu memudahkan urusan orang. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan hidup dalam masyarakat yang harmoni.

Salam Jumaat semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.