Selasa, 21 Mac 2017

Wanita Dakwa Ditipu Datuk Hattan Hampir RM1 Juta

  Berita Premium       Selasa, 21 Mac 2017

KECOH di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dia dan suaminya ditipu seorang selebriti terkenal sehingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang hampir RM1 juta.


Wanita Dakwa Ditipu Datuk Hattan Hampir RM1 Juta

Menerusi perkongsian video di laman Youtube, wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura Abu Bakar menggelarkan dirinya Kak Zab mendakwa penyanyi, Datuk Hattan telah menggunakan namanya dan suami, bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud sebagai penjamin untuk pinjaman bank.
Menurutnya, isu tersebut sudah berlanjutan sejak 15 tahun lalu dan mendakwa Hattan lepas tangan dan enggan bertanggungjawab.
“Hingga ke hari ini 15 tahun, tiada apa yang diselesaikan, kami turun naik mahkamah untuk selesaikan perkara ini.
“Kami bankrup kerana orang lain,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam video berdurasi 20 minit itu, Kak Zab menceritakan kembali kejadian tersebut apabila mendakwa Hattan yang akrab dengan mereka telah melantik pasangan suami isteri itu untuk menjadi pengarah di sebuah syarikat.
Menurutnya, ketika itu dia baru berusia 22 tahun dan suaminya 27 tahun diambil bekerja dengan Hattan dan dilantik sebagai pengarah syarikat.
“Dia buat loan (pinjaman) atas nama syarikat dan melantik kami sebagai pengarah.
“Dia buat pinjaman untuk syarikat dan keluar dari perniagaan dengan alasan mahu membuka perniagaan lain,” katanya dia dan suami menandatangi pelbagai dokumen yang dikemukakan Hattan.
Jelasnya, pinjaman yang dibuat Hattan menggunakan nama syarikat termasuk pinjaman rumah, kereta dan wang.
Masalah mula timbul apabila, pinjaman tersebut tidak dibayar dan pasangan suami isteri itu diminta untuk menjelaskan pinjaman sebagai penjamin.
“Masa itu gaji kami dibayar RM1,100 dan bagaimana mahu membayar pinjaman yang hampir RM1 juta,” katanya.
Susulan itu, Kak Zab mendapatkan penjelasan daripada Hattan namun dia diugut akan ‘dirodok’ dengan pisau selain suaminya pernah diugut oleh adik beradik penyanyi tersebut.
Noor Maszura mahukan isu ini diselesaikan segera kerana kepentingan tiga orang anaknya yang semakin membesar.
Jelasnya, oleh kerana status bankrup dia dan suami, urusan pembukaan akaun bank tiga anaknya terpaksa menggunakan nama adiknya.
Dia turut mengakui pernah mendapat rawatan sakit jiwa di Hospital Kuala Lumpur susulan kejadian tersebut.
“Saya amat berharap dan memanggil pihak Hattan untuk selesaikan masalah ini dengan cepat.
“Saya tahu awak ada duit dan dapat lepas kami dari bankrup dan saya buat ini untuk anak-saya,” katanya.
Pada 2012, isu ini pernah menjadi kecoh namun Hattan tampil menjelaskan dia mengetahui apa yang dilakukannya.
Bagaimanapun, tiada penjelasan daripada Hattan mengenai video Kak Zab yang baru tular di media sosial hari ini 
logoblog

Thanks for reading Wanita Dakwa Ditipu Datuk Hattan Hampir RM1 Juta

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan