Header Ads

'Tang perempuan minta (duit) hantaran macam yahudi pungut hutang, mami tak buat bising plak?'


PUTRAJAYA - Susulan viral video seorang gadis memberi teguran padu pada golongan lelaki bujang jangan kacau anak dara orang kalau tak reti galas tanggungjawab, tampil seorang lelaki pula membalas tegurannya itu. 

Video yang teguran balas itu telah ditonton 304,516 kali dan dikongsi 3,245 pengguna Facebook. 

"Ni mami, mami mai dengaq sat, mami duduk sat. Awat mami ingat orang lelaki dah takda tangan, takda kaki, takda timun ka tak boleh nak pi cari duit kalau diorang dah suka orang perempuan tu? Awat dia nak bagi makan apa orang perempuan tu? 

Posted by Kazitaki Ayie on Thursday, March 23, 2017

"Zaman la mami ingat senang ka nak jaga orang perempuan? Ooo mami pandai, tang lelaki tak mau kerja la, itu ini mami pandai. 


"Tang perempuan minta hantaran macam yahudi pungut hutang, mami tak buat bising plak? Ni saya nak habaq kat mami, mami kena ingat. Kereta rosak boleh dibaiki, akhlak rosak mampus saja," katanya.

Reaksi netizen? Majorit netizen lelaki bersetuju bahawa ramai perempuan yang meminta hantaran yang tinggi sehingga menyukarkan pihak lelaki dan membantutkan hasrat golongan orang bujang untuk mendirikan rumah tangga.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.