-->

Header Ads

Tanam bayi hidup-hidup, Dan ini yang berlaku selepas Enam Jam

APALAH dosa bayi perempuan ini hingga tergamak ibunya menanamnya hidup-hidup? Nasib baik sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan di Jaipur, Odisha itu ternampak kakinya lalu mereka terus memaklumkan kepada penduduk kampung di situ.



Selepas digali tanah berkenaan, bayi itu masih hidup tetapi dia dikatakan ditanam dalam lubang yang cetek itu dan ditimbus dengan pasir selama enam jam.

Bayi berkenaan kini dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi.

“Dia semakin baik dan kelihatan normal. Bayi itu dilahirkan cukup bulan dengan berat 2.5kg. Ketika dibawa ke hospital, tali pusatnya masih melekat,” kata jurucakap hospital terbabit.

Kakitangan hospital tersebut menamakannya sebagai Dharitti dan akan diserahkan kepada jabatan kebajikan sebaik sahaja dibenarkan keluar hospital.

Kawasan di mana bayi itu ditemui, didiami kebanyakannya oleh penduduk miskin dan keluarga di situ berharap untuk memiliki anak lelaki dengan harapan apabila besar, si anak dapat membantu ibu bapanya.

Mereka juga dikatakan cuba mengelak daripada membesarkan anak perempuan dan atas sebab itulah maka bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa, hanya disebabkan dia dilahirkan sebagai perempuan.

Sementara itu, polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit.
Dikuasakan oleh Blogger.