Khamis, 30 Mac 2017

"Saya Tidak Kisah Apa Orang Nak Cakap"

  Berita Premium       Khamis, 30 Mac 2017
Menerima pelbagai kecaman dari peminat berikutan pergolakkan rumah tangga pelakon, Aqasha mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga, Rita Rudaini enggan mengambil pusing mengenai perkara tersebut. Mengambil langkah selamat dengan berdiam diri, Rita tidak kisah jika namanya dikatakan pemusnah rumah tangga orang.


“Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan isu ini. Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang. Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang terhadap saya. Apa yang penting saya fokus dengan apa yang dilakukan”

“Saya lebih fokus terhadap perkara yang dincintai. Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. Saya ada anak untuk dibesarkan,” jelasnya kepada Berita Harian Plus mengenai dakwaan dirinya menjadi orang ketiga.

Sebelum ini hangat diperkatakan isu rumah tangga Aqasha yang sedang bermasalah apabila isterinya memuat naik luahan resahnya. Lebih hangat lagi apabila nama Rita dikaitkan menjadi punca keretakan tersebut apabila perbualan mesra diantara Rita dan Aqasha tersebar.

Bagaimanapun Rita yang terkenal dengan ketabahannya memperjuangkan haknya percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Buat masa ini, beliau lebih selesa memberikan fokus terhadap kerjayanya dan menjadikan fitnah yang dilemparkan sebagai kekuatannya
logoblog

Thanks for reading "Saya Tidak Kisah Apa Orang Nak Cakap"

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan