Selasa, 21 Mac 2017

Pukul Teman Wanita, Kecik Ex-Hyper Act Dikompaun RM200

  Berita Premium       Selasa, 21 Mac 2017
KUALA LUMPUR: Seorang bekas vokalis utama kumpulan Hyper Act, Kecik diperintah oleh Mahkamah Majistret Selayang membayar kompaun RM200 kepada teman wanitanya kerana mencederakan wanita itu. 

Image result for kecik hyper act

Majistret Iriane Isabelo membuat keputusan itu, selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan secara bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin, 22, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Farah Nurizzati Salleh,24, di Batu 6 3/4, Kampung Changkat, Gombak, di sini, pada 7.13 malam, 12 Mac lalu.

Dia yang memakai topeng muka selepas prosiding selesai, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, semasa prosiding mangsa yang berbaju kurung berbunga merah bersetuju supaya kes itu diselesaikan dengan kompaun RM200 dan jumlah itu juga dipersetujui tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Azhwa Yusrie Mohamad tidak membantah jumlah itu dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Tertuduh membayar kompaun itu.  -Bernama
logoblog

Thanks for reading Pukul Teman Wanita, Kecik Ex-Hyper Act Dikompaun RM200

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan