Isnin, 27 Mac 2017

Program Realiti Hunger Games Sebenar Benarkan Peserta Bunuh,Rogol

  Berita Premium       Isnin, 27 Mac 2017
MOSCOW - RUSIA. Aksi fiksyen 'The Hunger Games' yang biasa dilihat menerusi filem kini bakal menjadi rancangan realiti apabila Rusia mengumumkan akan menganjurkan rancangan 'The Hunger Games' dalam dunia sebenar.

Image result for hunger games kill

Memetik laporan The New York Post, seramai 16 peserta bakal bersaing untuk merebut gelaran juara dan memenangi hadiah yang ditawarkan sebanyak ASD1.6 juta (RM7.08 juta).

Sama dengan konsep perlawanan yang terdapat dalam 'The Hunger Games', rancangan realiti 'Game2:Winter' itu 'memaksa' 16 pesertanya berlawan untuk kekal hidup hingga ke akhir pertandingan.

Rogol, bunuh dan apa sahaja bentuk serangan adalah dibenarkan dalam rancangan realiti penuh kontroversi itu.

Walaupun ramai menganggap penganjur rancangan itu 'hilang akal', rancangan itu sudah menerima penyertaan daripada 30 peserta di serata dunia termasuk Korea Selatan, Sweden dan Rusia.

Pertandingan kalah mati ini bakal berlangsung di lokasi terpencil di sebuah pulau terpencil di Siberia dan ditayangkan di seluruh dunia bermula Julai akan datang.

Difahamkan, peserta perlu melakukan apa sahaja untuk kekal hidup sehingga 1 April 2018.

Penganjurnya yang tidak mahu dikenali berkata, pihaknya tidak menolak yang bakal berlaku pertembungan kasar antara peserta dalam pertandingan tersebut.

"Kami tidak boleh campur tangan atau buat apa-apa sekiranya peserta mengasari peserta lain dalam pertandingan nanti.

"Apa yang boleh kami lakukan hanyalah membiarkan kamera merakam segalanya yang terjadi dalam pertandingan itu," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
logoblog

Thanks for reading Program Realiti Hunger Games Sebenar Benarkan Peserta Bunuh,Rogol

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan