Header Ads

Kanak-kanak perempuan gigit tangan penculik


SARIKEI, SARAWAK - Seorang kanak-kanak berjaya melarikan diri dari diculik seorang lelaki bermotosikal, lapor Info Sarawak

Dalam kejadian malam tadi di depan sebuah kedai kopitiam, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dipaksa oleh seorang lelaki naik ke motosikalnya yang berwarna merah sebelum memecut melarikan kanak-kanak itu tanpa disedari orang awam. 

Lapor Info Sarawak, ketika berada berhampiran Terminal Bas, mangsa bertindak menggigit tangan suspek dan terus melompat dari motosikal sebelum melarikan diri. 
Ibu bapa mangsa yang berniaga di kedai kopitiam berkenaan berjaya menemui anak mereka semula di Terminal Bas tidak beberapa lama kemudian yang difahamkan terus membuat laporan polis pada hari kejadian. 

Bertindak di atas laporan ibu bapa mangsa, polis kini sedang giat memburu suspek yang dipercayai masih berada dalam daerah itu. 

Justeru, ibu bapa diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau pergerakan anak mereka bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.